Kami penyelidik. Kami penanam tanah. Kami pengeluar bio. Kami EcoQuad.

Ditubuhkan pada tahun 2006, EcoQuad, sebuah syarikat bumiputera, mempelopori penciptaan BioBooster dan GanoCure, produk mesra alam, lestari, organik dan berkesan yang bertujuan untuk meningkatkan hasil dan memelihara kesihatan tanaman.

Didaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, EcoQuad Sdn Bhd adalah pembekal untuk syarikat, agensi kerajaan dan harta tanah swasta. Kami juga merupakan pengedar tunggal BioBooster dan Ganocure di Malaysia.

Bertanggungjawab. Lestari. Telus.

Fokus tunggal kami adalah untuk meningkatkan industri pertanian melalui amalan bertanggungjawab yang merangkumi pengeluaran dan pelaksanaan tanaman yang beretika. Dalam erti kata yang lain, “sustainable practices”.

Amalan ini bukan hanya untuk perniagaan atau produk kami, kami juga ingin perniagaan anda mendapat nama sebagai perniagaan yang mesra alam di samping berjaya mendapat hasil tanaman yang bagus.

Oleh itu, kami telah menggunakan produk yang kurang toksik dan progresif terhadap alam sekitar yang dapat mengekang hakisan tanah, mengurangkan pembaziran dan tidak menimbulkan risiko pencemaran terhadap air dan tanah.

Terbukti secara saintifik. Dibangunkan secara Teliti. Hasil Positif.

BioBooster dan GanoCure adalah hasil dari penyelidikan dan pembangunan terkemuka dunia, yang bertujuan untuk menangani masalah pertanian sambil menganjurkan kelestarian alam sekitar. Pasukan R&D kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki sistem dan prosedur teknologi untuk memenuhi permintaan industri sebenar.

Kami didorong untuk melihat banyak hasil yang terbukti dari produk yang telah kami usahakan; dari peningkatan hasil dan perlindungan tanaman terhadap penyakit seperti Ganoderma hingga pemulihan kesihatan tanah.

Menghidupkan semula perniagaan pertanian anda dengan EcoQuad Sdn Bhd.

MATLAMAT

Kami berhasrat untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti tanah yang anda tanam melalui produk semula jadi dan lestari kami, supaya anda dapat menikmati hasil titik peluh anda.

MISI

Di EcoQuad, adalah misi kami untuk terus maju ke hadapan melalui amalan lestari alam sekitar; dari sumber hingga ke bekalan, meningkatkan hasil sambil melindungi bumi kita. 

NILAI

Komitmen kami terhadap

  • Kualiti
  • Kelestarian
  • Ketelusan
  • Tanggungjawab
  • Akauntabiliti

meluas dari dalam syarikat kami hingga pelanggan kami.