BioBooster adalah nutrien tumbuhan organik yang dipatenkan yang mungkin disalah-anggap sebagai baja lain, tetapi jauh lebih banyak daripada itu. Ia merupakan pengganti yang lebih baik daripada bahan kimia. Ia menangani masalah pertanian lama dengan kemajuan teknologi terkini yang melibatkan penyelidikan sel induk dan mikrob hidup. Melalui kajian, penyelidikan yang teliti serta perkembangan usaha-usaha ini, kami telah mencipta BioBooster; suatu produk nutrien yang 100% mesra alam, organik dan selamat yang meningkatkan hasil tanaman sehingga anda dapat meningkatkan potensi pendapatan anda.
Oleh kerana bahan-bahan dalam produk kami bersumber secara lestari dan bertanggungjawab, yakinlah bahawa tiada kesan negatif atau berbahaya kepada tanah ataupun pengguna. Apabila ladang anda sihat dan subur, anda dijamin pulangan kewangan yang besar.
Terdapat tiga elemen utama yang memainkan peranan penting dalam pertanian, iaitu, air, tanah dan tanaman. BioBooster adalah penyelesaian mandiri yang akan meningkatkan pengeluaran hasil tanaman, disamping menyuburkan tanah dan memastikan saluran air anda tidak tercemar.
Sebagai nutrien super, ia memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan dan tanah. Berikut adalah beberapa faedah utama BioBooster:
Mengaktifkan nutrien yang terdapat di dalam tanah
Meningkatkan kuantiti dan kelestarian hasil
Mencegah hakisan tanah atas
Membebaskan nutrien secara perlahan dan konsisten
Mengekalkan kelembapan tanah
Kitaran pertumbuhan yang tidak merosot di pelbagai iklim; dicuba dan diuji menggunakan Nondestructive Testing (NDT)
Memperbaiki struktur tanah
Jimat kos (aplikasi mudah, buruh ringan)
Keuntungan dan penjimatan besar menanti anda semasa menggunakan BioBooster. Saksikan pulangan hasil tanaman sekurang-kurangnya 30% lebih tinggi dan pengurangan kos sehingga 40% dari segi kos aplikasi. Dengan BioBooster, anda mendapat pulangan kewangan yang besar.
Analisis manfaat kos kami yang dilakukan secara bebas di Indonesia dan Malaysia adalah bukti bahawa BioBooster adalah produk revolusioner untuk industri pertanian.